Restoran BBQ & Steamboat Cik Kiah telah memulakan operasi perniagaannya pada hari Ahad, 1 Januari 2012. Hidangan dan makanan di sediakan mengikut ‘resepi rahasia’ Hajjah Rokiah Binti Hj Mohd Said yangmana beliau telah berkecimpung dalam perniagaan masakan sejak berusia 19 tahun. Bermula tahun 1975 dengan perniagaan di warung sebelah jalan di Lorong Gurney, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur dan kini adalah operator kantin2 pejabat kerajaan & swasta.
BBQ & Steamboat
2 dalam 1 dengan mangkuk dan kuali kuasa gas untuk BBQ & Steamboat. Hidangan akan disediakan dengan pelanggan dewasa minima 2 orang. Oleh itu, hidangan lebih daripada 2 orang akan menjadi lebih meriah dan menyeronokkan.
Buffet
Hidangan adalah buffet dan setiap lebihan bahan mentah atau makanan yang tidak di panggang atau rebus akan ditimbang dan akan dikenakan bayaran.
No comments:
Post a Comment